Apa kata mamajue tentang Rizq Islamic School?


Dari tahun lepas lagi mama dengar pasal Rizq Islamic School di Sungai Ramal Kajang. Mama ingatkan sekolah ni dah bermula sesi belajar mereka pada tahun lepas tapi sebenarnya sekolah tersebut memulakan sesi pembelajaran pada awal tahun ini. Pertama kali mama tengok video Rizq Islamic School di Facebook memang mama kagum sangat dengan sekolah Tahfiz ni. Rasa teringin untuk melihat lebih dekat sekolah ni. Dengar kata RizQ Islamic School | Sekolah Elite Tahfiz Terbaik Di Kajang, Selangor? Betul ker?

Bagi sekitar penduduk Kajang mesti ramai yang tahu dengan Rizq Islamic School bukan. Rizq Islamic School merupakan sebuah sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN. Pada minggu lepas, mama dan beberapa orang blogger telah diberi peluang untuk melihat sendiri suasana dan pembelajaran di sekitar sekolah tersebut.
Memula mama sampai dan nak masuk memang agak ketat dengan sistem sekuritinya. Mama perlu mendaftar dan mengambil pas pelawat, kemudian barulah boleh masuk ke dalam untuk melihat persekitaran sekolah ini. Mama yakin dengan cara sebegini ibu bapa tidak perlu risau tentang perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka.

Artikel penuh:http://www.mamajue.com/2017/08/rizq-islamic-school-sekolah-elite.html